Edisi KL: Pengaruhi murid sekolah – A reader comments

Comments made in reaction to a posting made here

I just had to repost this here. The original Harian Metro article that pissed this guy off so much can be found here. I have not edited him in any way, except to correct a few spelling errors, add a few punctuation marks here and there and to arrange the text in paragraphs for clarity and ease of reading. Italicised words in brackets are my own addition.

Assalammualaikum. Dah lama tak tulis ni. Apa khabar agaknya saudara sekarang? Diharap berada di dalam keadaan yang sejahtera dan dirahmati Allah selalu, insyaallah. Alhamdullillah, saya di sini sihat.

Ok, sebelum berbicara dengan lebih panjang, saya terlebih dulu ingin memohon maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa dan tersalah kata. Saya cuma manusia biasa, yang bisa menjadi luar biasa kalau kena cara dan gayanya. With the power of soul anything is possible.

Jemu, bosan, muak, lali, kekadang meluat dan sebarang perkataan yang sama waktu degannya. Begitulah gambaran betapa perasaan ini dah tak tahan lagi dengan media kita yang melaporkan tentang isu black metal kita hari ini. Gawat, Gawat dan Gawat! Lagi tentang benda ini, tapi….semakin hari semakin gawat, gawat dan gawat! So, mari kita fikir sama-sama, kita fikir, yang betul dia kata salah, yang salah dia kata betul, faham maksud saya?

Fikirkan….

Pembongkaran di situ, pengakuan di sana dan khabar di sini, segalanya digembar-gemburkan sehabis mungkin, dikorek dan digali sedalam-dalamnya. Apa ini?! Apa lagi pembuktian yang mahu disogokkan kepada masyarakat?

Pembongkaran awal “digest” sensasi tanah air yang ikhlasnya saya katakan, saya sendiri masih kabur dan samar-samar akan kepastiannya. Tak termasuk lagi laporan akhbar harian nasional dan media lain yang menyelitkan sama isu ini untuk mensensasikan lagi (kononnya) kegawatan. Apa makna dan maksud yang tersurat dan tersirat untuk semua ini? Maaf ya, biarlah email ini ditengah-tengah sifatnya, tak mahu berat sebelah pada mana-mana pihak, baik yang memerintah, menyanyi, mendengar, bermuzik atau sekadar memeriah gossip.

Sebenarnya begini, seni itu tak pernah menipu, yang menipu adalah manusia itu sendiri, mudah bukan? Antara persoalannya yang masih belum terjawab, rasanya belum (ada) statement rasmi dari pihak berkuasa atau jabatan agama islam negeri terbabit (yang) benar-benar telus. Masyarakat mahu penjelasan yang sejelasnya dan apakah tindakan susulannya. Yang tua dengan Ayah Pin dan Nabi Nusantaranya, jadi janganlah kita tepuk dahi dan berkata “Masyaallah, apa nak jadi dgn anak bangsa aku ni? Pijak, kencing, koyak, bakar dan berzina atas Al-Quran, astagfirullahalazim…”

Peruntukan undang-undang, pemujaan terhadap sesuatu seperti pantai, kubur, pokok, hutan, bukit dan lain lain, yang bercanggah dengan syarak, adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi $1000 dan penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali, kalau tak salah saya la. Sesiapa yg mempersenda, mencela, mengejek atau menghina dengan kata-kata atau perbuatan, Ayat Al-Quran atau Hadith adalah melakukan satu kesalahan yang boleh didenda tidak lebih $5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Ringan sangat kot? Orang masih mampu. Bukan mempersenda atau apa, cuma kajian perlu dilakukan segera untuk 10 atau 20 tahun akan datang. Jangan pula kita semakin rungsing selepas ini jika Ayah dan Kerajaan Laut pula timbul ke bumi atau ada yang minum darah lembu hitam pula, betul saudara? Saya tidak nafikan kewujudan puak sewel ini di luar sana, dari mana datangnya fahaman sebodoh itu saya tak tahu, mungkin barat. Tetapi, barat macam dok tau la kan….

Tiada penafian untuk itu, cuma masyarakat masih kabur tentang genre-genre muzik sebegini. Yang sedihnya ada segelintik media kita yang menghentam kelompok metal ini tanpa mereka sedar yg kumpulan Amuk, Linkin Park dan sebagainya itu juga adalah dari kelompok metal. Kesian juga, tapi teramatlah mustahil untuk menjelaskan satu persatu susur galur muzik metal ini pada mereka kan? kan kan kan??

Ok, apa itu muzik? Saudara faham apa itu muzik? Bukan lah nak kata saya ni pandai sangat, tapi kita ini faham benarkah dengan apa yang dikatakan muzik itu? Saya rasa sesetengah penulis langsung tak tau membezakan bagaimana bunyi yang sebenarnya yg dikatakan black metal. Janganlah ditanya beza thrash, speed metal, gothic, heavy metal, death metal, grindcore dan lain-lain, confirm fail.

Barangkali beza zapin dan keroncong pun tak tau. Satu lagi yang saya lihat, mentaliti orang kita ini yg terlalu taksub dengan laporan sebegini. Meriahnya gembar-gembur media tanpa modal. Seumpama kronologi penyakit media seMALAYA kalau kita perhatikan. Jika heboh kes datuk rogol cucunya, maka sana sini media kita melalut mencari gali cerita begini. Makin berwarna-warnilah kisah orang kita rogol-merogol. Betapa taksubnya gambaran mereka tentang meriahnya kes rogol-merogol di Malaysia ku yang tercinta. Jika kecoh orang jumpa orang minyak, maka dari Perlis hingga Sabahlah meningkatnya populariti orang minyak itu, luculah. Lucu tahap kronik dan kritikal lantaran betapa rakusnya mencatat untung jualan. Macam cerita Bigfoot atau orang mawas atau Sasquatch heboh diperkatakan sana sini, sms rogol, serambi maksiat dan macam-macam lagi.

Lagi panas al-kisahnya, lebih kencanglah angka jualannya. Modal orang kita, mental masyarakat kita, itu statemennya. Mudah bukan saudara? Moralnya disini, mengapakah media kita ni menutup periuk nasi orang lain untuk memenuhkan kawah sendiri yang saya rasa dah tak termakan? Macam orang yg dituduh khalwat pun, hendaklah ada bersamanya 4 orang saksi sah dan tidak diragui tuduhannya. Jika kita sendiri, menulis tanpa bukti, saksi kabur dan lemah fakta dan pembuktiannya, maka itu satu penganiayaan untuk kelompok lain yang tidak terlibat sama.

Senang bukan saudara? Jika tepat dan benar laporannya tak mengapa. Hakikatnya….kesilapan fakta itu sendiri yang mengaburkan mata-mata memerhati di luar sana. Maka dengan sendirinya hangatlah forum petang Mak Bedah, Mak Senah, Mak Bee dan makcik-makcik lain dengan isu ini. Penuhlah warung kopi Pak Man dengan sesi pidato Pak Ali, Pak Abu dan pakcik-pakcik lain yang cuma kenal pop yeh-yeh dan ago-go, (dan) mungkin juga Mawi.

Jangan dicabar orang yang memang di bidangnya, itulah jadinya kalau kita lihat sekarang. Habis semua gig disabotaj secara, bolehlah dikatakan, kejam juga dengan fitnah rekaan media. Band-band grunge, rock hingga yg core asal berbaju hitam sahaja dilabel black metal, asal muzik itu bingit dan bising, black metal.

Apa ni? Apa muzik kat disko tu tak bingit ka, tak bising ka? Yang kesiannya, sampai pak haji kita pun gementar jugalah nak pakai jubah hitam, takut dikatanya ketua kumpulan black metal. Jika itulah tujuan dan motif awalnya, maka penulisan sebegini rupa dan wajah bisa kita gelarkan sebagai fitnah. Siapa nak jawab kes sebegini rupa dan wajah? Orang bacul sahaja yang lempar batu sembunyi tangan. Kalau saudara nak tahu, ada orang yang tak boleh tidur kepeningan waktu mereka-mereka (media) ini berbuih mimpi kekenyangan. Bangunlah! Get up! Mana benar dan sahihnya tuduhan tuan-tuan semua? Itupun..kalau tuan bijak bistari dan berani.

Maaf kalau bahasa saya agak kasar ya saudara, maaf untuk seketika, hilang kawalan diri, saya hanya manusia biasa, normal. Sebenarnya semak dan serabut juga kepala saya kebelakangan ni dek kerana kegemparan isu ni la. Kerana apa? Kerana tiada penangkapan, walau satu atas sabit kesalahan sebagai penganut ajaran karut ni. Pelik bukan? Pelik memang pelik, tapi itulah “REALITINYA“. Persoalan saya yang masih belum terjawab, dimana Pakcik Paku, Pakcik Hammer, Pakcik Tukul dan entah apa lagi pakcik? Mana diaorang pergi? Tiada penangkapan, langsung tiada. Jangan kata kita tak ada undang-undang. Mana tangkapan, mana sensasi yg digembar-gemburkan? Beri gambar, namakan lokasi, buat laporan, takkanlah polis berdiam? Rasanya isu ni dah jadi perbahasan mufti dan berbangkit di Parlimen, mustahil juga tiada usaha ke arah itu.

Malaysia menanti-nanti anak siapalah yang bertuah…yang bakal terpilih untuk menyempurnakan pembongkaran demi pembongkaran media kita. Satu sahaja, janganlah kita mencanang benda yg kita sendiri kurang pasti. Dulu, heboh jugakan sebentar, lama-lama senyap dan sunyi sejuta bahasa. Kemana Pakcik Paku, Pakcik Tukul masih belum terjawab. Apa jadi? Bukan mengungkit, tapi membangkit.

Banyak lagi perkara yg negatif di negara kita ni sebenarnya. Bukan kita tak nampak, kita nampak cuma mungkin buat-buat tak nampak. Fenomena Tsumawi contohnya, ada yg sampai histeria bila nampak Mawi, bila dengar suara beliau, apa hukumnya tu? Bukan anti-Mawi, itu rezeki dia. Kalau tak salah saya, dulu ada keluar fatwa mengatakan undian sms realiti tv haram, tapi itulah, senyap saja. Karnival Sure Heboh, keluar fatwa haram, jalan jugak. Apa hal? Mango TV, ada unsur-unsur perjudian, jalan macam biasa juga. Ada juga yang buat aduan mengatakan yang artis lelaki berambut panjang dulu dah kena gam, tak boleh masuk tv, sekarang dah boleh. Yang memusykilkan saya, artis wanita yg berpakaian seksi, nampak pusat, nampak peha, nampak lurah, dedah sana sini, tak kiralah India ke, Cina ke, omputih ke, Melayu apatah lagi kan… dulu, kini dan mungkin selamanya takkan pernah kena gam dari masuk tv atau majalah, apa cerita?

Kes gadis seksi berselimutkan jalur gemilang, kemana menghilang? Macam-macam saudara, macam-macam. Aduhai, bosan sebenarnya, opera penyesatan begini tidak wajar dilihat dari sudut black metal sahaja. Kadang-kala kita seperti yang saya cakap tadi, nampak, buat-buat tak nampak. Tetapi dalam konteks muzik kalau kita lihat banyak lagi perkara yg belum dibongkar. Mengapa kita tidak melihat penyelewengan dari sudut lain? Isu seperti backmasking, sampling dan sound library, pemilihan perkataan yang salah, klip video dan bermacam-macam lagi sebenarnya.

Kita tak pernah sedar yang Ozzy Osbourne (vokalis Black Sabbath) itu pernah dilabel sebagai bapa syaitan, yang Marilyn Manson dengan tabiat dan perangai bingainya yang lebih kuat sifat anti christnya. Kita juga terlupa atau buat-buat lupa dahulu pernah heboh isu backmasking (mendengar secara terbalik) untuk lagu Hotel California (The Eagles), Stairway to Heaven (Led Zeppelin) dan satu dua lagi lagu termasuklah lagu Micheal Jackson! Lagu-lagu ini didakwa mengandungi unsur pemujaan dan kod bunyi rahsia tersembunyi jika kita dengar secara terbalik. Ramai yang kurang sedar dengan sampling dan sound library unk ({wt} – does anyone know unk means?) lagu-lagu rock, pop, hip-hop yang menggunakan ayat Al-Quran dan suara azan. Pendengaran kita kurang teliti dengan pemilihan perkataan dalam lirik sesetengah lagu. Kita tidak sedar lagu Bohemian Rhapsody nyanyian kumpulan rock lagenda Queen ada menyebut bismillah dan nama syaitan. Kita kurang ambil tahu tentang penulisan Ebeit G. Ade dalam lagu Berita kepada kawan dan Ruth Sahanaya, Kaulah Segalanya, ayat dan rangkap mana, dengar dan carilah sendiri.

Kesimpulannya di sini, bukan lirik lagu metal sahaja yg ada unsur negatif, lirik lagu lain juga belum tentu lagi semuanya positif. Kita insan biasa, kadang-kala terlupa ada juga fenomena lain yang terjebak sama secara tidak langsung, kalau benar tentang apa yg dikatakan; kepekaan kita tentang isu ritual sebegini.

Kita semu bertanggungjawab sebenarnya. Baik yang bermuzik, mendengar, meminati atau sekadar memerhati, semuanya punya tanggungjawab yang sama. Macam saya juga, saya meminati muzik ini dan juga muzik-muzik lain, berdiam bererti bersekongkol sama mengharungi kebusukan, kehanyiran, kepanasan darah kambing, jadi inilah yang boleh saya buat. Bukan mempertikai, cuma menyedarkan sahaja apa yang kadang-kala kita kurang sedar, kita insan biasa, sama-sama memesan pada satu sama lain, baru harmoni, betul tak saudara? Kepada yang punya kuasa, gunakanlah kuasa anda, cari hingga ke umbinya. Kepada yang menulis (juga kepada saya lah), tulislah dan teruskan, tetapi biarlah benar fakta dan kesahihannya. Jika mengulas gig pastikan anda ke sana melihat dengan mata sendiri dan jangan salah tulis ok! Cara yang sebaik-baiknya, baik cari jalan penyelesaiannya. Daripada memalukan anak bangsa sendiri, daripada kita menuduh tanpa usul perisanya, lebih baik dicari punca dan sebabnya.

Seakan menjadi kebanggaan,kita memukakan moral anak bangsa sendiri, kita canang kepincangannya, seakan gembira melihat betapa gawatnya “MELAYU raya”, tempiasnya terkena semua. Orang lain menutup sesenyap mungkin kepincangan bangsa mereka, kita berlumba-lumba memenuhkan poket atau lebih tepat lagi, kantung kita sendiri dengan sensasi fantasia yang cuba di realitikan, zaman “realiti”.

Bukan memperlekeh atau apa-apa saudara, jangan salah faham ya. Cuma jika benar, suakanlah kami wajah-wajah manusia songsang JIT ini. Jika tidak, berhenti sahaja dari mencernakan pemikiran masyarakat kita dengan karut-marut mencari untung sebegini. Bosan sebenarnya, banyak lagi isu lain, seolah isu black metal ni seperti untuk menutup mata masyarakat kita dari memandang isu besar lain, macam satu pengalihan perhatian. Tak payahlah saya sebut isu apa, mungkin saudara tahukan, kebelakangan ni banyak sangat isu pelik-pelik yang berbangkit, cuma nak tengok apa kesudahannya, sama-sama kita tengok siapa yang kena.

Wajar jugalah berani untuk menulis begini, lantaran beribu mata yang memerhati untuk kebenaran yang kita cari…

…cari dan cari dan gali…

…dan cari lagi…

Kesimpulan untuk semua diatas, semua pihak jangan melenting dalam menangani isu-isu sebegini. Permasalahan dan penyelesaiannya ada dalam diri kita sendiri, tepuk dada tanyalah selera. Black metal hanyalah satu perlambangan, tidak lebih dari itu. Kita tak perlu mengikut black metal untuk sesat dan runtuh akidah sebenarnya, jika diperhati, dari kesucian sebuah agama juga telah terbukti kewujudan ajaran sesat songsang, inikan pula satu aliran muzik yg bersifat amat duniawi. Pesanan kepada rakan-rakan yg meminati muzik aliran ini (juga kepada saya), mereka di barat, muzik itulah agama mereka. Tetapi kita di sini berbeza, semakin cuba menjadi mereka, semakin jauhlah kita dari diri sendiri. Biarlah black metal itu hanya sebagai satu entiti muzik semata-mata, jangan sampai dijadikan “agama” kerana ketaksuban yang membawa kepada kemusnahan dan kemusnahan.

Akhir kata, saya memohon maaf sekali lagi seandainya penulisan saya ini agak keterlaluan, kadang-kadang manusia ini kena letupkan bom tepi telinga dia baru nak sedar dari mengelamun tak tentu pasal, betul tak saudara? Maaf beribu-ribu maaf kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata. Satu pesanan, yang dipetik dari Pujangga Melayu karya Mohd Affandi Hassan Mohd; buat rakan wartawan sekalian, janganlah anda jadi lalat, anda tahu bukan apa yang dibuat lalat? Hinggap atas najis, kotoran, diatas makanan, diatas bunga-bunga yang cantik, jadi janganlah kita membangun bangsa dan masyarakat kita seperti lalat. Jadilah macam lebah, lebah hinggap atas bunga untuk menyaring madu, menghasilkan madu…itulah yang sepatutnya menjadi tugas wartawan. Jadilah wartawan lebah, jangan jadi wartawan lalat. Insyaallah, kita jumpa lagi di lain waktu. Jaga diri saudara baik-baik ok! Semoga dilindungi Allah selalu. Assalamualaikum.

Posted by: saidz saedon | 01/26/2006

  1. ya sangat tertarik bila membaca artikel nie sebab rata2 isi yang dibagi mmg ada munasabah nya….saya rasa banyak pihak kenalah buka minda dan mata………jangan memperbesarkan satu2 isu sebab dah xde modal nak bercerita….kalao g interview fakir2 miskin ker lagi bagus yang mana xnah dapat bantuan tu…..dari duk mengungkit kisah2 yang dah reda…….

  2. Amazing text., dude

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: