Bitching Scenesters

From Food Not Bombs KL

Minyak naik, semua harga barang akan turut naik jugak. Kesannya dapat dilihat sekarang ni dari harga segelas teh tarik dan sepinggan nasi goreng hinggalah ke harga tiket bas, harga CD dan harga tiket konsert/gig – semua dah naik. Kalau dulu naik kapcai boleh isi 3 kali penuh tangki cukup seminggu tapi sekarang hampir 5 kali isi belum tentu cukup seminggu. Sama dengan Kancil kalau dulu RM 20.00 tahan 3-4 hari sekarang RM 20.00 cukup untuk pusing-pusing KL sehari je.

Itu belum termasuk kenaikan barang-barang keperluan asas macam minyak masak, beras, bawang, ikan, sayur, susu anak, belanja sekolah, kos sakit-pening kat hospital dan sebagainya. Manakala hutang-hutang bulanan seperti hutang kereta, hutang motor, hutang rumah, hutang pinjaman kolej/universiti satu beban yang lain pulak tu.

Pendek kata sejak harga minyak dinaikkan 30 sen oleh Kerajaan BN yang majoriti daripada kita pilih ni, hampir segala benda telah naik harga dan kos hidup semakin membebankan rakyat biasa terutamanya rakyat dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Tapi walaupun semua benda dah naik harga sejak minyak naik 30 sen ni, tapi satu benda yang tak naik-naik iaitu gaji pekerja-pekerja. Macammana rakyat nak menanggung kenaikan kos hidup yang semakin meningkat kalau pendapatan pekerja tak dinaikkan jugak?

Tapi sayangnya ramai daripada kita hanya merungut sahaja tanpa buat apa-apa. Komplen, merungut, membebel dan marah tak puas hati kita tu bukan main berapi tapi habis setakat di kedai kopi sahaja la. Lepas habis segelas teh tarik merungut pasal minyak, balik rumah tidur, tak pun layan bola kat skrin besar di mapley sampai pagi. Besok bangun, merungut lagi! Merungut sahaja tak cukup beb!

Tapi itulah hakikatnya kita ni terutamanya budak-budak scene (yang kononnya anti-rasislah, anti-fasislah, anti-diktatorlah, anti-hirarkilah, anti-autoritilah, anti-polislah, anti-statelah anti-kapitalislah, anti-oppressionlah dan berbagai anti lagilah) – budak-budak scene kaki komplen, kaki rungut nombor satu. Tapi bila diajak untuk join demo kat jalanraya bagi membantah kenaikan harga minyak yang telah membebankan rakyat dan diri sendiri, ramai yang tak join.

Itu hari demo pasal laporan Harian Metro kat depan bangunan NST, tak sampai 50 orang budak-budak scene yang datang. Kena tangkap dekat 300 orang dan lepas tangkapan 300 orang di malam tahun baru tu, satu scene kecoh, satu scene komplen, satu scene merungut, tapi yang betul-betul datang protes tak sampai 50 orang. Otai-otai scene sorang pon tak nampak bulu hidung. Nasib baiklah ada geng-geng NGO yang datang – nampak le ramai sikit.

Ape ke jadahnye semua ini? (Baca ikut gaya Edisi Siasat)

Bercakap pasal anarkisme, kapitalisme, DIYisme dan berbagai-bagai isme yang lain macam nak pecah tong! Tapi sah tong kosong – gema kuat tapi dalam kosong. Pakai baju revolusioner abis – baju Che Gueveralah, baju revolusilah, baju tulis slogan-slogan besar macam kaki lawan autoriti tapi rupa-rupanya penakut gila babi.

Itulah hakikatnya budak-budak scene (termasuklah otai-otai dalam scene sendiri) – dah 4 demontrasi yang dibuat dalam tempoh 2 bulan ni dari isu kenaikan harga minyak sampailah ke isu pencerobohan Amerika di Iraq tapi kehadiran budak-budak scene dalam demo-demo yang telah diadakan ni boleh bilang dengan jari – tak sampai sepuluh orang pon! Merungut nombor satu tapi bila diajak untuk sama-sama kita protes benda yang dirungutkan tu secara beramai-ramai, haram tak nampak muka.

Budak-budak scene yang datang demo biasanya budak-budak yang sama je. Itulah muka sama yang datang secara agak konsisten dalam setiap demo. Budak-budak lain mana hilang? Otai-otai scene mana lari? Nak kata busy buat gig tak mungkin pulak sebab ada demo-demo tu yang dibuat hari Jumaat, tak pernah ada gig orang buat tengahari Jumaat! Mungkin kerja kot. Tapi ada jugak demo-demo tu yang dibuat hari Ahad. Takkan hari Ahad pon kerja?

Macam demo hari Ahad lepas pasal protes kenaikan harga minyak, sekali lagi kehadiran budak-budak scene boleh dikira dengan bulu hidung. Sebab kira dengan bulu hidung, so agak ramai jugak le yang turun. Tahniah! Anggaran kasar dalam 20 orang macam tu tapi masih lagi tak cukup ramai kalau nak dibandingkan dengan budak-budak yang merungut dan komplen pasal harga minyak naik ni.

Demo hari Ahad itu walaupon tak ramai budak-budak scene yang turun tapi sangat menarik sebab berlakunya beberapa semburan air, tembakan gas pemedih mata dan pertempuran antara Polis/FRU dengan para demonstran. Dan dari pertempuran yang berlaku 21 orang telah ditahan dan 3 daripadanya adalah budak-budak scene. Ketiga-tiga orang orang budak scene itu telah ditangkap ketika mereka cuba untuk menolong kawan yang dipukul dan ditangkap polis ketika pertempuran berlaku. Kesemua mereka yang ditahan di dalam demonstrasi itu telah dibebaskan pada hari itu jugak. Dan semasa keluar dari lokap balai Polis Jalan Hang Tuah Pudujail, kesemua tahanan termasuk 3 budak scene telah menyatakan dengan penuh semangat kesediaan mereka untuk terus berdemo sehingga perubahan berlaku.

Walaubagaimana pun tak ramai yang kita boleh jumpa budak-budak scene yang berani untuk terus membuat protes setelah mereka ditahan. Contohnya dari 300 orang yang kena tahan di malam tahun baru, hanya 50 orang sahaja yang berani turun jalan buat protes. Macam yang dah cakap tadi, kaki marah, kaki rungut, kaki komplen memang ramai tapi rungut, komplen dan marah tu tak dapat diterjemahkan di dalam bentuk protes secara kolektif yang tersusun.

Kolektif dalam scene memang banyak. Macam-macam kolektif yang dah ditubuhkan tetapi kolektif-kolektif ni setakat jadi tempat untuk berkumpul, merungut dan mengutuk orang, benda atau isu yang tak disukai – itu sahaja. Tapi bila ada usaha yang dibuat untuk protes isu yang dirungutkan tu, ramai la pulak yang tak turun atau pon mungkin tak berani nak turun. Jerit dalam gig pasal anti itu anti ini kuat gila, lirik lagu radikal habis, kutuk kerajaan, kutuk autoriti, kutuk state, kutuk kapitalis – memang berani habis tapi setakat berani menjerit dalam gig je la. Bila diajak untuk berdepan betul-betul dengan autoriti melalui demontrasi, tak berani la pulak.

Bukanlah tujuan dan niat tulisan ini untuk mengutuk siapa-siapa. Kalau ada sesiapa yang terasa, mintak maaf banyak-banyak. Tulisan ini hanyalah suatu pemerhatian tentang budak-budak scene terutamanya di dalam isu protes jalanraya. Tidak ada langsung niat untuk mengutuk atau mengeji. Cuma satu usaha untuk menyuruh kita sama-sama berfikir demi kebaikan bersama. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tak setuju – itu perkara biasa. Dalam hidup ni tak ada benda yang sama, kalau semua sama boring la pulak. Tapi janganlah menganggap tulisan ini sebagai musuh dan penulisnya pulak dimusuhi. Kalau ada yang tak setuju silalah nyatakan pandangan masing-masing supaya kita boleh mencari jalan yang terbaik untuk sama-sama kita perbaiki dan mengubah benda-benda yang sering kita komplen dan rungutkan.

Merungut sahaja tak cukup beb! Jom kita turun jalanraya!

NOTA: Satu lagi demonstrasi akan diadakan pada 14 April ini (Hari Jumaat) sempena dengan peristiwa “BLACK FOURTEEN” (Black 14). Bermula pada jam 2 petang di perkarangan Masjid Negara dan berarak di jalanraya menuju ke bangunan Suhakam. Jom kita join!

Untuk berdiskusi tentang perkara ini, sila lawati myspace food not bombs kuala lumpur.Kita bincang dalam blog. Thanks!

ANAK MUDA & POLITIK
===================
Gabung milis: konfrens_komuniti-subscribe@yahoogroups.com
Keluar milis: konfrens_komuniti-unsubscribe@yahoogroups.com

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: